PANDUAN MENYEDIAKAN BILIK UNTUK PELANCONG Konsep Program Homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal yang baru untuk pelancong di dalam industri pelancongan negara. Di bawah program ini, pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan seterusnya berpeluang mengecapi cara hidup seharian keluarga berkenaan serta kebudayaan Malaysia secara langsung. Melalui cara ini pelancong akan mendapat pengalaman dan berinteraksi secara terus dengan cara hidup dan kebudayaan rakyat Malaysia. Program ini adalah berbeza dengan konsep kemudahan penginapan sederhana lain seperti ‘bed & breakfast’ di mana tidak ada keluarga yang tinggal bersama dan sistem pengurusannya adalah sepertimana pengurusan hotel biasa. 1. Penyertaan di dalam program ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berkeluarga dan tinggal di suatu kediaman rumah yang tetap. 2. Takrif rumah kediaman di dalam konteks ini ialah rumah atau tempat tinggal yang sesuai seperti yang dinyatakan di dalam syarat-syarat di dalam perenggan D. 3. Bagi memastikan kejayaan program ini, semua peserta yang terlibat adalah dikehendaki: a. Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL); dan b. Berurusan dengan agensi pelancongan yang dilesenkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan harga, makanan, pengangkutan dan hal-hal yang melibatkan pakej lawatan. 4. Agensi pelancongan yang turut serta hendaklah memberi khidmat yang sesuai termasuk membuat tempahan, menyediakan pengangkutan, membuat promosi di dalam dan luar negeri dan lain-lain perkhidmatan yang perlu. 5. KPL akan membantu dalam pengedaran “brochures” yang mengandungi maklumat peserta kepada pelancong dari dalam dan luar negara. 1. Semua permohonan untuk berdaftar hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan Program Homestay – BORANG KPL/HP 1. 2. Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantarkan ke alamat: Program Homestay Bahagian Perkhidmatan Pelancongan Kementerian Pelancongan Malaysia Tingkat 21, Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia Putra 45, Jalan Tun Ismail 50694 KUALA LUMPUR Tel : 03-2696 3970 Fax : 03-2693 7451 atau melalui Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) yang berkenaan:
Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah Kompleks Pelancongan Negeri Kedah Seksyen 20, Jalan Raja 05000 Alor Setar, KEDAH Tel : 04-735 1030 /732 8296 /730 1957 Faks : 04-732 7914 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan No.19, Jalan Durian Emas 3 Betaria Business Centre Jalan Dato’ Siamang Gagap 70400 Seremban, NEGERI SEMBILAN Tel : 06-765 9871 /9869 Faks : 06-762 8540 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang Tourist Information Centre Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, PAHANG Tel : 09-517 1111 Faks : 09-514 6900 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan Tingkat 1, Bangunan MTPN Kelantan Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Balai 15300 Kota Bharu KELANTAN Tel : 09-741 2400 Faks : 09-744 6672 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor Aras 5-4, Pusat Penerangan Negeri Johor (JOTIC) No. 2, Jalan Air Molek 80000 Johor Bahru, JOHOR Tel : 07-224 1432 / 4935 / 9960 Faks : 07-223 7554 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perak No. 7 & 9, Jalan Medan Istana 3 Bandar Ipoh Raya 30000 Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN Tel : 05-255 0413 / 0414 Faks : 05-253 6027 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu No.6B, C & D, Wisma MPKT Jalan Hiliran, 20300 Kuala Terengganu TERENGGANU DARUL IMAN Tel : 09-6262 946/ 6264 946 Faks : 09-6261 946 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor 15-03, Tingkat 15, Wisma Sunwaymas Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C Seksyen 9, 40100 Shah Alam SELANGOR DARUL EHSAN Tel : 03-5511 1122 Faks : 03-5513 1199 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perlis No.51 & 53, Persiaran Putra Timur 02000 Kuala Perlis, PERLIS Tel : 04-985 3701 Faks : 04-985 2373 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sarawak Tingkat 5, Bangunan Yayasan Jalan Masjid 93400 Kuching, SARAWAK Tel : 082-429 618 Faks : 082-411 045 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pulau Pinang Tingkat 56, Menara KOMTAR 10000 PULAU PINANG Tel : 04-262 0202 Faks : 04-263 1020 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Melaka Aras 1, Pusat Konvensyen Kompleks Melaka International Trade Centre (MITC) 75450 Ayer Keroh, MELAKA Tel : 06-231 8200 Faks : 06-231 1400 Majlis Tindakan Pelancongan Kuala Lumpur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Tingkat 14, Menara 2 DBKL, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 KUALA LUMPUR Tel : 03-2617 6273 / 6265 Faks : 03-2698 3819 Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi Peti Surat 109, Aras 4, Kompleks LADA Jalan Persiaran Putera 07000 Kuah, Langkawi, KEDAH Tel : 04-969 8080 / 8084 Faks : 04-969 8081 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sabah Lembaga Pelancongan Sabah (Sabah Tourism Board), Mel Bag 112 88993 Kota Kinabalu, SABAH Tel : 088-212 121 Faks : 088-212 075 Majlis Tindakan Pelancongan Labuan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan Peti Surat 235, 87008 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Tel : 087-422 622 Faks : 087-419 622
| D | SYARAT-SYARAT PENYERTAAN |
1. Lokasi rumah kediaman : (a) Lokasinya hendaklah di dalam kawasan yang sesuai dari segi perhubungan pengangkutan (b) Bebas daripada sebarang pencemaran alam. (c) Mempunyai persekitaran yang sesuai dan sebaik-baiknya dapat memaparkan cara hidup masyarakat Malaysia. 2. Kemudahan asas: (a) Rumah kediaman tersebut hendaklah mempunyai keluasan yang sesuai dan pelancong yang menginap hendaklah ditempatkan di bilik yang berasingan. (b) Bagi menjamin keselesaan keluarga dan pelancong, bilangan maksimum bilik yang dibenarkan untuk disewakan kepada pelancong adalah terhad kepada 3 buah bilik dengan ruang keluasan yang sesuai. (c) Keselesaan pelancong perlu diberi perhatian termasuklah menyediakan bilik mandi, tandas, ruang makan dan ruang tamu dan kemudahan asas lain yang sesuai. (d) Penyediaan dan pembekalan makan/minum, tuala, ubat nyamuk, kelambu dan kain sarong/batik adalah atas permintaan oleh pelancong dan ianya akan dikenakan bayaran. (e) Penyelenggaraan rapi ke atas semua kemudahan asas hendaklah dibuat bagi memastikan kebersihan persekitaran dan keselesaan pelancong. 3. Kebersihan : (a) Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan bebas dari sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lalat. (b) Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik hendaklah diadakan bagi mengelakkan bau busuk. 1. Untuk melindungi keselamatan pihak-pihak yang terlibat, terutamanya pelancong, perlindungan insuran adalah perlu. Bagi memastikan semua pihak yang terlibat akan mendapat perlindungan, jika berlaku sebarang bentuk kemalangan, perkara-perkara berikut adalah diperlukan iaitu: (a) Bagi pelancong berkumpulan dan diuruskan oleh syarikat pelancongan, perlindungan insurans hendaklah diuruskan oleh syarikat pelancongan tersebut. (b) Bagi pelancong perseorangan (FIT) tuan punya rumah dinasihatkan mengambil insuras daripada mana-mana syarikat insurans yang berdaftar. 2. Di samping itu, langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan kebakaran perlulah diambil kira oleh tuan punya rumah. Panduan menyediakan kemudahan homestay ini adalah sebagai bahan rujukan untuk memudahkan pengusaha-pengusaha ‘Program Homestay’ menyediakan kemudahan ini kepada pelancong-pelancong bagi mempastikan ianya dapat diadakan dengan lebih teratur dan terkawal. Bagi menjamin kejayaan program ini, semua pihak yang turut serta hendaklah membaca dan memahami semua peraturan dan syarat-syarat yang dinyatakan tersebut. Dengan adanya Program Homestay ini, ia akan dapat menambahkan satu lagi tarikan untuk pelancong yang datang ke Malaysia dan seterusnya dapat mengembangkan industri pelancongan negara. PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN | A | PENYIMPANAN, PENYEDIAAN MAKANAN DAN PENGELOLAAN PREMIS MAKANAN |
1. Semua tempat penyimpanan dan penyediaan makanan dan premis makanan hendaklah dijaga supaya sentiasa berada di dalam keadaaan bersih dan kemas. 2. Tempat-tempat berkenaan mestilah bersih dari segala bekas yang telah digunakan (kotak-kotak, tin, botol dan sebagainya) yang boleh menjadi tempat menginap dan pembiakan ‘vermin’ tikus dan serangga. 3. Bahan buangan dari premis-premis makanan perlulah dikumpulkan di dalam bekas yang sempurna dan dibuang sekerap yang mungkin. 4. Premis-premis makanan, alat kelengkapan dan bekas untuk mengumpul bahan buangan mestilah dibersihkan sekerap yang mungkin. 5. Persekitaran premis mestilah dijaga supaya berada di dalam keadaan baik dan dibersihkan selalu. 1. Semua perkakas dan peralatan yang digunakan dalam penyediaan dan pengendalian makanan hendaklah dari jenis yang sesuai yang tidak menyebabkan makanan beracun. 2. Perkakas dan peralatan hendaklah dicuci selepas digunakan dan disimpan dalam keadaan yang bersih. Semua perkakas hendaklah disimpan dalam keadaan yang sempurna dan mana-mana yang mengalami kerosakan hendaklah diganti. | C | TINDAKLAKU PERSONAL YANG MENYEDIAKAN MAKANAN |
1. Semua mereka yang terlibat di dalam pengedaran dan pengendalikan makanan tidak boleh : (a) Memegang atau mengendali makanan dengan tangan kasar. (b) Mengesat tangan dengan bajunya atau lain-lain kain/bahan selain dari tuala yang bersih. (c) Membenarkan bahagian bawah pinggan mencemari makanan di pinggan yang di bawahnya semasa meletak atau membawa makanan-makanan tersebut. (d) Membenarkan sudu, garpu, atau apa-apa peralatan yang digunakan untuk makan dan minum dicemari oleh kotoran dari individu yang mengendali makanan atau dari mana-mana punca lain. (e) Mengesat alat kelengkapan dengan menggunakan kain atau bahan yang tidak bersih atau yang telah dicemari. 1. Semua bahan makanan mentah mestilah dibersihkan secukupnya dan diletakkan di dalam bekas yang sesuai sebelum disimpan. 2. Makanan hendaklah disimpan pada tempat yang selamat dan jauh dari bahan beracun atau bahan toksin seperti pesticides dan sebagainya. 3. Semasa menghidang makanan yang sedia dimakan makanan mestilah dijaga dengan menutup makanan tersebut. Sumber Dipetik Daripada Garis Panduan Homestay Kementerian Pelancongan Malaysia Back